Blogger Widgets

Monday 13 January 2014

Jalan-Jalan Damansara

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Lepas Maghrib,Kami bersiap dan Bertolak ke Damansara Utama..Nak g melawat satu kedai sticker dan barangan pakaian motosikal.

Kedai Niezam Sticker

Lepas tu kami..terpanggil nak pergi Uptown Kota Damansara..Kami fikir dekat rupanya tak..Siap sesat lagi....Even dah tengok map...nasib baik jumpa jugak..cuaca lepas hujan buat badan terasa sejuk..



Uptown Kota Damansara








Penat meronda posing moto dulu.


Nak dijadikan cerita...dekat Tol Sungai Besi (PLUS) aku n zahir berhenti sekejap zahir nak cek beg dia dah koyak...Tibe-tibe datang seorang bro nih...dari belakang...muka cemas sangat..dia tertinggal bus rupanya...dia hanya ada tiket dan henpon sahaja...semua barang ada dalam bus tuh....kami pon tolongla...bro tu bonceng zahir tanpa pakai helmet atas highway...aku try bawak selaju mungkin utk kejar bus....tapi..sayang xdapat...lalu kami bawa bro tu ke Hentian Kajang....Bro tu sgt berterima kasih kat kami...
Kami rasa sengsara dia....
Rasa Bersyukur dengan apa yang ada...Alhamdulillah dapat tolong jugak hamba Allah ni...

Malam nih mcam-macam dah jadi.....itu semua kehendak Ilahi....Salam Maulidur Rasul....



Berakhirnya sebuah chapter..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Tinggal lagi berapa hari maka berakhirlah semester 1 tahun 2 aku...Dan hari ni aku baru tamat exam aku..Tahniah buat Aku dan yang sewaktu dengan aku...


Macam - macam jadi dalam sem nih..
Serba sedikit highlights:
  1. Perkampungan MMP
  2. Minggu Mesra Pelajar(MMP)
  3. Beli kamera baru,jual kamera lama
  4. Hobi helmet mula berputik
  5. Jatuh hati,hancur hati *(yang nih paling tragis)
  6. Edufest yang gilang gemilang
  7. Naik motosikal naik Genting Highlands
  8. Pak Sedara (Pak su )kahwin & Mak sedara(Mok Na) bertunag
  9. Tujuh Subjek di UKM
  10. Motosikal Jem teruk
  11. Repair henset,henset rosak balik
  12. SUKEM,PRK...
  13. Exam Semester 1 tahun 2
Dan lain-lain...haha...

Sal No.5 tuh..
sapa-sapa jer leh rasa...Kita tiada kuasa dalam hal-hal nih..ada yang kata takdir ada yang kata suratan...
Dan minggu lalu aku...aku terlepas dari belenggu yang membelenggu selepas si A tibe-tibe bersikap pelik dan mendiamkan diri .Aku cuba minta jawapan yang jujur dari si A....Kol,Mesej,Whatsapp,WeeChat bagai...sumenya dibalas pendek dan tiada jwapan yang aku nak...

Membuat aku lagi terseksa tambahan dengan Peperiksaan yang sangat mengerunka...

Mujur petang jumaat lalu, dah ada jwapan dari si A...jawapan sgt ringkas :kekasih lama datang kembali...
Aku pon dah malas la..nak seksa diri..hakikat cinta tu nanti dia cari la sendiri ....Semoga mu bahagia disampingnya

Tragis-tragis....patotla kol 100+ ,mesej berpuluh-puluh xdibalas..rupanya.....

mungkin nilah pengakhiran..
"perjalanan memikat cahaya terhenti disini...aku kehausan dan penat " -hikayat eoj



Lagu yang paling sesuai...untuk situasi di atas..(aku baru jumpa beberapa hari lepas)



Memikat cahaya -Melissa

dihamparan terhimpun noda mencari entah kemana
kelahiran diatas semua didalam khazanah cinta tak tercapai bintang-bintang..

perjalanan memikat cahaya yang hilang entah kemana
tak menentu kemana arah yang pasti hanya nyanyian untuk memujuk hatiku ini..
tiada lagi sinar cinta dipersinggahan itu
harapan dijanji bersama terkubur jua..

berjanji tunai tanpa disedari
dengan alunan hati seiring lamunan sepi..
segala akhirnya cinta kita setelah cinta ternoda..


Banyak menda baru aku timba....banyak aral dan cabaran menimpa...namun aku tetap teguh...Thanks to My bro (Zahir,Aslam,Acap,Paan) yang sentiasa buat aku happy dan bersemangat ,keluarga DUTA ku,kawan-kwan MEP,KBH,TH (program fakulti),FTSM ,UKM dan terutama famili aku...

Terima Kasih semua...perjalanan masih jauh...umur baru nak masuk 21 tahun...So keep Calm and Survive..



Thursday 9 January 2014

Tancho Pomade

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama x tulis post..Sebab aku busy dengan Exam..Esok pon ada satu..Lg dua isnin nih...Tak Sabar aku nak balik kampung 17 haribulan nih...huhu

Stress jangan nak katala...tido tak menentu..makan ayam goreng madu pon belum tentu kenyang
Haishhh...jauh dari topik post aku nih....nak share sal Tancho Pomade made in Indonesia..Nak try stail rambut Low-slick ala-ala Leonardo De Caprio gitu..ahha

Ni la Produk low-price..Boleh tahan jugak Hold dia untuk malam-malam..1 st try rasa melekit sikit..bila taruk air sume okay lah..




Sebab aku beli...Sebab nak try lagipun minyak rambut baru ja habis..
Aku siap wat video pendek tanpa suara aku..haha



Sekian

Thursday 2 January 2014

Kelab Penggemar SGV

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

2014 telah bermula dan 2013 melabuhkan tirainya....Masuk tahun baru aku wujudkan satu grup di FB untuk penggemar helmet SGV

Kepada yang nak masuk,silakan ....
JOM JOIN kelab penggemar SGV