Blogger Widgets

Monday 14 April 2014

Ronda-Ronda KL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Tempoh hari di hari ahad yang permai.. Aku planning nak g pasar karat kat Petaling Street.
So aku ajakla si Zahir..Dia Okay je tp aku kene kjut dia..So okay la bagi aku..Bwak moto dari Bangi Ke KL dalam 35 minit gak.Okayla selamat perjalanan tuh.

Sampai sana ..ramai sungguh manusia serupa masuk SOGO hari minggu..pergh tp nih low-bajet lah...nak beli macam2 benda ada..used item yer...


Habis2 ronda pasar karat dalam jam 9.00 pagi..Dibelinya aku sweater sejuk PUMA RM5 je...kondisi bolehla...balik basuh cun balik....haha

Perut berbunyi kedai kat KL masih banyak xbukak..kereta pon sikit je..Ahad kan cuti...
So aku lead pergi kg.baru,KL nak g sarapan. lapar den.

 Maka bermula lah sesi Teh Tarik bersama Zahir (macha)


Habis makan duk fikir...apa kata kita p cari rumah dalam citer Rempit tu..So kami semangatlah nak g cari.
Sampai sesat lam kampung tuh.Pose gmbr dlu haha..muke sesat dan over-konfiden.


Hasilnya..selepas tnya bangla dan tengok Maps.Rumah Biru sudah warna lain..Tapi Scenery dia cantikla.Background KL Twin Tower.

Last,pi teman zahir cari backcase fon kat Low Yat Plaza. 
Apa yang nak dicari xda ;Commuter Series OtterBox Iphone 4s
Apa yang dibeli ; Casing lain..aku pon trut sama beli casing..

Dalam 12 lebih kami balik ke Bangi , lunch di Fariz Maju...Mujur everything selamat dan satu memori buat hikayat eoj.

Sekian saja..terima kasih kerana luang masa baca post nih..Korang memang sempoi !

Sunday 6 April 2014

TTS SGV 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum nih aku duk bercakap sal ESOK dan  program TTS aku..
Sekarang aku nak share skit lah sal event gathering pertama grup Kelab Penggemar SGV yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

Aku gerak dari UKM Bangi sorang diri jam 9 n sampai dalam 9.45 pagi.Tak sampai lima minit bro patong datang P2 lepak ngan bro sanim .Sembang kosong sementara menunggu yang lain..Jam 11 masih xbrapa ramai , Aku duk teruja menunggu Kedai Kita RIder ....Sebab dia bawak menda special dalam event nih.Tak lama penuh la dalam 20 orang kat sekitar kawasan tuh ,sume ber-helmet SGV..

Sesi Perbincangan dan Perkongsian Ilmu Dalam Kumpulan (Skema benor) ....
Point :
-lawatan ke Kilang SGV
-Pemburuan SGV candy blue yang sukar
-Penerangan mengenai SGV LTD yang very limited dan rare
-No.Lot Helmet
-Syarikat SGV dan naungan
-Usahama SGV dan LTD

Sesi Jual Beli

Kotak Misteri LTD




Sesi Bersama KKR



Sedap mata memandang


Member for the gathering

Tip-TOP SGV Crush...



Alhamdullilah..event habis jam 1 ..aku xterasa masa berlalu sbb rancak berbual dan mata melilau melihat bahan buatan bumiputera nih..Aku harap lagi ramai yang datang untuk next event.

Aku nak share skit :
Idea aku nak menaikkan nama helmet SGV nih sbb aku rasa nilah brand yang dah bertahan lama kat malaysia ..Aku tahu ni xsehebat SHOEI,ARAI dan BELL namun apa yang kami,Kelab Penggemar SGV perjuangkan adalah satu yang unik dari faktor usia,produksi,stripe,sticker,warna dan material made..Dan aku rase xda orang yg akan wujudkan grup nih sbb kononnya "KOmang" dan lokel punya..


--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV----SGV--SGV--SGV----SGV--SGV--SGV--



Saturday 5 April 2014

Sebelum ESOK ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wah...wah...wah.... korang sihat tak? Selangor di catu air lagi walaupun hujan setiap hari (Petang).
Kondisi aku masih Alhamdulllilah cukup sifat dan waras fikiran.

Sememangnya aku nantikan ESOK kerana ESOK is the first ever SGV helmet fan gathering held in Malaysia rase-rasenye lah...dengan nama lain TTS (Teh Tarik Session) di Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.

Serba Sedikit Kelab Penggemar SGV



Dengan tertubuhnya Kelab Penggemar SGV pada januari 2014 maka aku bersama members2 berusaha menaikkan nama sebuah helmet buatan malaysia by Solidgold helmets.


Korang ingat  helmet ni macam komang (Common) sangat kan??
aku beat korang cari SGV fiberglass dalam masa 1 bulan.... haha...

Persiapan aku :

-sebiji helmet sgv 99 cherry red
-cap sgv hijau
-cap local half visor
-lain2



Diharapkan ESOK berjaya dengan jayanya.Maka warna-warnilah sekita KL dengan helmet SGV yang warna macam Candy Crush..

Wokay...Buat yang bercuti (weekend n cuit mid-sem UKM ) Selamat bercuti ...
Sekian..Assalamulaikum dan Selamat Malam.