Blogger Widgets

Friday 19 December 2014

Helmet Malaya : Stadium 2000 (Modified)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama aku berhenti menulis blog nih..dek kesibukan bekerja (Praktikal ) di SONY ECMS Sdn .Bhd ,Bangi .Aku ditempatkan di IT Network and Services ,praktikal 5 bulan buat aku sibuk ...Hmm..na layan hobi pon susahh...

Kali ini aku ingin berkongsi sebiji helmet buatan kilang GL Trading Sdn Bhd ,Kubang Pasu iaitu Stadium 2000 . Ia mungkin meniru sebuah brand terkenal dari England STADIUM Helmets  .

Reka bentuk bersaiz besar ,material Poli Merah ,Padding kain tuala .











 Helmet aku dapat dari Beranang ,Selangor bersama Bro Zahir. Tak berapa cantik dengan calar teruk kat belakang dan gabus berlubang tapi aku cuba restore kasi menarik mata tengok.Ini jela hasil yang aku dapat buat since barang untuk repair helmet tak banyak..D.I.Y jee..

Asal boleh sarung rasa selamat ON...hehe








 Sekian Sahaja untuk kali ini.Terima Kasih kepada yang sudi menjengah ke sini dan membaca melihat penulisan ini.Sebarang kekurangan datang dari saya..

Wednesday 11 June 2014

Semoga Mu Cepat Sembuh ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SABTU,7 JUN - adik aku, amirul hafiz terlibat dlam kemalangan di jalan panji alam area Kg.Gong Tok Nasek antara EX5 dengan EX5 . Kejadian berlaku sewaktu selepas Maghrib. Adik aku nak ke kedai .Kemalangan tiada saksi yang melihat..


moto adik aku

Klau ditengokkan moto, tak lah teruk mana..tapi cara bertembung itu misteri jgak..sebab moto adik aku teruk sebelah kiri moto budak sorg lagi teruk kiri jugak.
Budak ni xda lesen ,moto lak xda roadtax..
moto budak tuh


Adik aku dah lepas dua pembedahan kepala sebab ada darah beku dalam kepala.Doc cakap kepala dia banyak cedera dalaman dan kedua-dua pergelangan dia patah....



Alhamdulillah....semalam adik aku dah bagi respon kat orang sekeliling dia..Mak aku cakap dia gerakkan kaki dia mungkin dia penat kot...Tangan dia still tak operate lagi (utk patah) ..

Apapun aku akan selalu doakan mu dari jauh...Exam sem 2 dah mula hari rabu lepas...Tapi aku selalu doakan mu supaya cepat sembuh dan kuat semangat mu..Dan aku tau eksiden nih mu tak salah....

Mungkin lepas ni kita yang masih sihat perlu lebih berjaga-jaga di jalan raya. Sila pakai helmet siap ikat tali helmet tuh..jangan main free jer... Kalau boleh cari helmet yang padding tebal dan material tebal seperti helmet SGV...

#prayforamirul

Thursday 15 May 2014

Lets Give MYSPACE a new hope

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku duk cek-cek email dan terbaca satu email yang ada ayat " myspace ".. Ia adalah notification  yang terbaru kat myspace aku...baru aku teringat aku ada myspace dlu sebelum facebook. Tak salah aku dalam form 2 aku buat saja-saja..It just like nowadays where people like to try some new social apps in android.

Seingat aku background theme aku dulu adalah STAR WARS sbb aku minat sangat cerita tu dulu.
N aku decide untuk buka myspace balik n reset password lama sebab aku dah lupa..

N ni rupa myspace sekarang..really awkward.



Hanya beberapa keping foto n beberapa member yang ada dalam profile aku nih...xreti nak explore lagi..
Ini lah cebisan kenangan aku dari zaman 2008 dikala social media baru nak merasuk minda masyarakat malaysia.Membuatkan aku menhargai kenangan dan bersyukur dengan peluang yang Allah bagi selama ini.

So lets give it a new hope by reset password>>>> hahaha

feel free to be my fren at https://myspace.com/jolusia_arz

Monday 14 April 2014

Ronda-Ronda KL

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Tempoh hari di hari ahad yang permai.. Aku planning nak g pasar karat kat Petaling Street.
So aku ajakla si Zahir..Dia Okay je tp aku kene kjut dia..So okay la bagi aku..Bwak moto dari Bangi Ke KL dalam 35 minit gak.Okayla selamat perjalanan tuh.

Sampai sana ..ramai sungguh manusia serupa masuk SOGO hari minggu..pergh tp nih low-bajet lah...nak beli macam2 benda ada..used item yer...


Habis2 ronda pasar karat dalam jam 9.00 pagi..Dibelinya aku sweater sejuk PUMA RM5 je...kondisi bolehla...balik basuh cun balik....haha

Perut berbunyi kedai kat KL masih banyak xbukak..kereta pon sikit je..Ahad kan cuti...
So aku lead pergi kg.baru,KL nak g sarapan. lapar den.

 Maka bermula lah sesi Teh Tarik bersama Zahir (macha)


Habis makan duk fikir...apa kata kita p cari rumah dalam citer Rempit tu..So kami semangatlah nak g cari.
Sampai sesat lam kampung tuh.Pose gmbr dlu haha..muke sesat dan over-konfiden.


Hasilnya..selepas tnya bangla dan tengok Maps.Rumah Biru sudah warna lain..Tapi Scenery dia cantikla.Background KL Twin Tower.

Last,pi teman zahir cari backcase fon kat Low Yat Plaza. 
Apa yang nak dicari xda ;Commuter Series OtterBox Iphone 4s
Apa yang dibeli ; Casing lain..aku pon trut sama beli casing..

Dalam 12 lebih kami balik ke Bangi , lunch di Fariz Maju...Mujur everything selamat dan satu memori buat hikayat eoj.

Sekian saja..terima kasih kerana luang masa baca post nih..Korang memang sempoi !

Sunday 6 April 2014

TTS SGV 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum nih aku duk bercakap sal ESOK dan  program TTS aku..
Sekarang aku nak share skit lah sal event gathering pertama grup Kelab Penggemar SGV yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa.

Aku gerak dari UKM Bangi sorang diri jam 9 n sampai dalam 9.45 pagi.Tak sampai lima minit bro patong datang P2 lepak ngan bro sanim .Sembang kosong sementara menunggu yang lain..Jam 11 masih xbrapa ramai , Aku duk teruja menunggu Kedai Kita RIder ....Sebab dia bawak menda special dalam event nih.Tak lama penuh la dalam 20 orang kat sekitar kawasan tuh ,sume ber-helmet SGV..

Sesi Perbincangan dan Perkongsian Ilmu Dalam Kumpulan (Skema benor) ....
Point :
-lawatan ke Kilang SGV
-Pemburuan SGV candy blue yang sukar
-Penerangan mengenai SGV LTD yang very limited dan rare
-No.Lot Helmet
-Syarikat SGV dan naungan
-Usahama SGV dan LTD

Sesi Jual Beli

Kotak Misteri LTD




Sesi Bersama KKR



Sedap mata memandang


Member for the gathering

Tip-TOP SGV Crush...



Alhamdullilah..event habis jam 1 ..aku xterasa masa berlalu sbb rancak berbual dan mata melilau melihat bahan buatan bumiputera nih..Aku harap lagi ramai yang datang untuk next event.

Aku nak share skit :
Idea aku nak menaikkan nama helmet SGV nih sbb aku rasa nilah brand yang dah bertahan lama kat malaysia ..Aku tahu ni xsehebat SHOEI,ARAI dan BELL namun apa yang kami,Kelab Penggemar SGV perjuangkan adalah satu yang unik dari faktor usia,produksi,stripe,sticker,warna dan material made..Dan aku rase xda orang yg akan wujudkan grup nih sbb kononnya "KOmang" dan lokel punya..


--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV--SGV----SGV--SGV--SGV----SGV--SGV--SGV--



Saturday 5 April 2014

Sebelum ESOK ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Wah...wah...wah.... korang sihat tak? Selangor di catu air lagi walaupun hujan setiap hari (Petang).
Kondisi aku masih Alhamdulllilah cukup sifat dan waras fikiran.

Sememangnya aku nantikan ESOK kerana ESOK is the first ever SGV helmet fan gathering held in Malaysia rase-rasenye lah...dengan nama lain TTS (Teh Tarik Session) di Taman Tasik Titiwangsa,Kuala Lumpur.

Serba Sedikit Kelab Penggemar SGV



Dengan tertubuhnya Kelab Penggemar SGV pada januari 2014 maka aku bersama members2 berusaha menaikkan nama sebuah helmet buatan malaysia by Solidgold helmets.


Korang ingat  helmet ni macam komang (Common) sangat kan??
aku beat korang cari SGV fiberglass dalam masa 1 bulan.... haha...

Persiapan aku :

-sebiji helmet sgv 99 cherry red
-cap sgv hijau
-cap local half visor
-lain2



Diharapkan ESOK berjaya dengan jayanya.Maka warna-warnilah sekita KL dengan helmet SGV yang warna macam Candy Crush..

Wokay...Buat yang bercuti (weekend n cuit mid-sem UKM ) Selamat bercuti ...
Sekian..Assalamulaikum dan Selamat Malam.


Tuesday 25 March 2014

Facebook change again...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum baca post nih..kita sedekahakan doa dan Al-fatihah buat penumpang Muslim yang menaiki MH370..

Harap pencarian bangkai pesawat akan dipermudahkan .


Baru tadi aku perasan si FB berubah lagi..Interface "home" kelihatan lebih kecik,berline-line dan banyak ruang kosong.Xpraktikal untuk orang ada masalah mata macam aku(silau).

Sangat menganggu.Sorry to say..huhu..

Before:

 After :



Lepas nih kena pkai wide angle lens...sebab tulisan dan interface FB kcik...



Tuesday 11 March 2014

Aku,Kucing dan Air #PrayforMH370

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....


Sudah 23 Hari aku menempuh ketiadaan air  di kolej tercinta ini ....Walhal air akan wujud xtentu masa...kebanyakan pelajar di UKM tetap xdapat menikmati kemudahan air yang sebenar>...

Ketiadaan air di kolej boleh beri kebaikan dan keburukan pada aku...tapi aku rasa keburukan lah...

Dari segi 'baik' nya...aku mungkin lebih gigih dan rajin nak bangun awal pagi2 hari sebab kelas aku awal....

Dari segi Buruk lak.... kaki dan tangan aku mula mengelupas dan aku diserang demam,selsema dan batuk....Mengganggu Mood aku untuk ke kelas dan nak wat kerja...


Topik aku kat atas pasal Kucing kan?? haha

Tu lah...aku tgok kucing kolej kebosanan duk tido jer siang hari...malam hari ia duk cari makanan depan bilik aku...aku pon amik kamera...Klak ! Klak !











Kucing ni macam malas skit nk posing...haduih.... 


Pasal isu air nih..aku harap setle lah dalam minggu nih..harap sangat2....dah masuk sebulan dah nie....


Alang - Alang korang baca pos blog nih...apa kat kita doakan Pesawat MH370 beserta penumpang didalam nya selamat kembali ke Tanah air....Mungkin Tuhan lebih mengetahui keadaan sebenar daripada kita duk menokok tambah dan share apa yang x pasti di laman-laman sosial.... 




#PrayforMH370