Blogger Widgets

Sunday 29 December 2013

Chow Kit Road

Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera,

Hari ni, aku n zahir kebosanan al maklum hari minggu...Jadi lepas menikmati hidangan di Al-Fariz Maju(Restoran Mamak)..Kami pon bersiap ke CK.

Zahir mencari dompet besar nak letak fon note 2 katanya...semangat dia...aku teman sahaja..dalam hati nak cari jaket kulit tapi satu pon aku xbeli..xda yang berkenan.

Kami carila barang sekitar GM Mall dan Pasar Jln Haji Taib.


Nostalgic betul

Suasana di Pasar Chow Kit









Aku sekarang nih duk suka snap gambar jalanan (Street Photography) sbb aku fikir dengan gambar banyak leh ceritakan suatu keadaan tuh...lagi-lagi kita jarang keluar dari bilik ..haha...musim exam nih....

Hope:Best Wishes to all who facing exam ,Good Luck for me and you all...

Thursday 26 December 2013

Pasar Karat Petaling Street

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru 2014..Aku masih bernyawa dan survive dalam hidup yang penuh pancaroba ini...sana sini barang naik harga...Dan hari ni aku rasa tertarik dengan satu term "Pasar Karat" so aku search la pasal Pasar ni area KL ..ada lah satu kat area Petaling Street..

Aku bukannya arif dan fasih geografi Kuala Lumpur nih..jadi google maps saja..mujur jumpa tempat tuh..
Aku bertemankan Acap dan Zahir bergerak seiring jam 4.30 pagi..


kami berhenti rehat kat masjid negara sementara tunggu masuk waktu subuh.



Area Petaling street

 Suasana Pasar penuh dengan peminatnya yang tersendiri.

Jual beli pantas berlaku...

Pelbagai lapisan masyarakat

Barang-barang lusuh dan terpakai sahaja okay...

Buku pon ada..

Ceritanya: Uncle ni tengah nego harga benda yang dah murah bawah rm10

Penuh barangan di Kaki Lima





Usianya berapa yep?

Sembang pagi

Acap meneliti lighter zippo


Tapi sayang aku hanya jalan sahaja..xjumpa apa yang aku mahukan...duit pon save...
Hirup udara Kolumpo nih pagi..tgok hiruk pikuk kota dan ragam manusia nih mmg MOMENT bagi aku..
Nice pasar if Goverment buat pasar khas untuk dorang nih..

Tuesday 24 December 2013

Facebook Year in Review 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,/>

Lagi 7 hari menuju 2014 ...apa jua pelbagai cerita dan ranjau yang aku tempuh 

Alhamdullilah...Syukur sangat masih ada nafas sampai ke hari ni.

Berikut adalah sedikit view from FB aku
Year in Review


Monday 16 December 2013

Publisiti EDUFEST:Satu pengalaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

14 Disember 2013
Hari sebelum Edufest..raptai dan raptai penuh..Aku cuma hadir pada raptai penuh sahaja sebab petang tu prgi wedding pak sedara kat klang.Balik ngan moto melalui LDP(Lebuhraya Damansara Puchong) boleh plak moto aku jem..sedih wo....moto jem...bunyi enjin macam bergesel..prgi bengkel cek2 tgok piston condem dan blok calar.Pastu aku boleh plak kene tipu dgn cina nih...repair sampai rm570...
Sbb apa jadi mahal sbb cina tu dah bukak habis enjin aku...sedih btul...nk join raptai pon xsemangat..

15 Disember 2013,

berlangsunglah sebuah program keilmuan yang lama kami(Sekretariat edufest) perjuangkan...Bermula seawal 7.00 pagi kami sudah bersedia di dectar,UKM.Aku selaku ketua team publisiti berdepan masalah apabila crew publisiti ditugaskan menjaga booth pendaftaran sbb krew kurang.Dan aku wat kerja fotografi sorang2 pagi tuh.

yang baju biru tu Ketua Pengarah Edufest,Kak Najwa



Dan tiada bilik urusetia menyebabkan kami bekerja di lobi dectar sebelah kaunter pembelian tiket


Sebelah pagi berlangsung perasmian oleh Prof.Dr.Kadderi Mat Desa dan Ceramah motivasi dari Dr.Zaharuddin mengenai berjaya di universiti.

Selepas itu ada selingan persembahan nasyid,teater dan yoyo oleh mahasiswa UKM



Sebelah petang ,berlangsung soal jawab moderator:Amin Idris Panelist :Heliza Helmi dan Ustaz Haslin Bollywood



Pengisian ilmu dan perkongsian tips dunia dan akhirat yang sangat bagus..

Terima kasih Aslam dan Acap kerana datang jgak nengok ye..

Overall program nampak smooth dalam flow walaupon ada cacat cela sikit di dataran panggung seni.Apa pun team publisiti tetap menjalankan tugas dengan baik dan Tahniah kepada Sekretariat Edufest terutama kepada KP Kak Najwa yang banyak push aku untuk teruskan ber-publisiti dan bersungguh-sungguh menjayakan program ini.

Aku memang berbangga selaku ahli sekretariat.Banyak pengalaman baru semasa berprogram di Dectar.

Gambar kenangan:




Saturday 14 December 2013

Thank you 4 the donut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Terharu weyh...ada jugak yang nak kongsi donut dia ye...TQ my dear


Siap ada kerepek pedas favorite aku...:)


dia beli 6 ,dia makan dua balance aku dptla...

Baru dapat tido lena camni...selamat malam




Sunday 8 December 2013

SUKEM kali ini bagi aku ...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah 3 minggu SUKEM (Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia Berlangsung)..Tempoh hari aku jadi kameraman kolej dan supporter yang cuba menhadirkan diri walau apa keadaan cuaca pon...

Sabtu (7 Dis 2013)
Pada jumaat berlangsungnya olahraga ..Azrin yang sepatutnya menyertai Berbasikal pada hari sabtu in jured...So aku ganti la dia..Jam 8.30 dah menanti siap dengan basikal dan dengar instruction dari Juruacara..Aku (D1) sebelum nih bukan ada training apa2...jogging pon tak...ape lagi la...ngat senang trek basikal tu..rupanya mashaallah..bukit tinggi dalam ladang kelapa sawit..kayuh gak la aku nih...
Sampai-sampai Finish line dalam 44 minit..Si piwan (D2) jauh meninggalkan aku di depan dengan 33 minit xsilapla...penat siyes....aku kne buat fitness balik...Tahniah buat Piwan ...



Dan kami inshaallah merangkul perak untuk berbasikal.

Ahad(8 Dis 2013)

Hari ni,Softball xckup orang tau...so aku n piwan td join softball lak...sekadar memberi nafas untuk kolej aku untuk beri cabaran kepada kolej lain.

Saringan
Tewas kepada Kolej Ibrahim Yaakaub
Menang kepada Kolej Tun Hussien Onn

Suku Akhir
Menang kepada Kolej Tun Hussien Onn
Menang kepada Kolej Rahim Kajai

Separuh Akhir
Tewas kepada Kolej Aminuddin Baki
(Pingat Gangsa buat softball)

Tahniah kepada Team Sotball lelaki

Aku hanya menanti hari pemberian medal jer....

1 Perak dan 1 Gangsa bagi aku untuk SUKEM kali ni..


Dan SUKEM kali ni bagi kolej aku, Burhanuddin Helmi kami tetap survival walaupun kolej sukan lain naik.

Buat masa sekarang ni adalah pungutan pingat bgi KBH,aku share jer..

1) Kriket - Perak
2) Hoki - Perak
3) Taekwando - 6 Emas , 2 Perak , 4 Gangsa
4) Tenis campuran - Gangsa
5) Sofball - Gangsa
6) Sepak Takraw - Perak
7) Olahraga - 1 Emas , 2 Gangsa
Basikal Lelaki - Perak
9) Ragbi - Perak
10) Futsal - Gangsa
11) Bola Keranjang - Gangsa
12) Silat - 1 Emas , 4 Perak , 1 Gangsa
13) Catur - Perak
14) Golf Perempuan - Gangsa
15) Boling Padang - Gangsa

EMAS - 8
PERAK - 12
GANGSA - 12
Teruskan ,luaskan pengaruhmu...

#dgators #hunger4excellence

Thursday 5 December 2013

Projek Monkey


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Aku penggemar helmet lama dan RARE..dan aku obses,obses dan obses dengan helmet

Aku terserempak satu post di FB di Geng Helmet Vintage yang nak jual helmet monkey nih...RM100 satu...Penjual dari  Johor..aku terus sapu..
Dah lama menanti benda nih...

Ni lah rupa helmet tuh....kene restore balik.....huhu...tapi ini adalah RARE.



Berdasarkan button n uprivet tali helmet ,ni adalah shoei monkey 1st model
Leh rujuk mohd kameel.

Fibre Serabut






Menurut Kamel lh,dalam rivet tu adalah style yg mengikut spekfikasi sebenar SHOEI .


Dan projek ni tertangguh dek sinuk ngan projek2 kelas dan program kolej...N part-part susah nak cari...

Aku tetap teruskan...aku punya suka !!!



Wednesday 4 December 2013

Ultraman Mode :Takiron Sun Visor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama aku xmenaip post nih haha..since sibuk ngan aktiviti kolej dan projek-projek kelas
Minggu ke -12 sekarang di UKM..



Harini,hepi barang pos sudah sampai..Takiron flip-up ala ultraman punya team.

Budak-budak kolej kerap pelik ngan perangai aku yang suka beli aksesori helmet nih..aku punya suka...aku punya hobi ...lantakla nk cakap apa pn...

Ni la rupa sebenar takiron nih...



Masih NOS (New Old Stock)

Sarung kat Prestige aku

Macam otoman...

Hahaha...satu lagi koleksi yang xmahal nak beli tapi RARE nak cari susah..