SABTU,7 JUN - adik aku, amirul hafiz terlibat dlam kemalangan di jalan panji alam area Kg.Gong Tok Nasek antara EX5 dengan EX5 . Kejadian berlaku sewaktu selepas Maghrib. Adik aku nak ke kedai .Kemalangan tiada saksi yang melihat..
moto adik aku
Klau ditengokkan moto, tak lah teruk mana..tapi cara bertembung itu misteri jgak..sebab moto adik aku teruk sebelah kiri moto budak sorg lagi teruk kiri jugak.
Budak ni xda lesen ,moto lak xda roadtax..
moto budak tuh
Adik aku dah lepas dua pembedahan kepala sebab ada darah beku dalam kepala.Doc cakap kepala dia banyak cedera dalaman dan kedua-dua pergelangan dia patah....
Alhamdulillah....semalam adik aku dah bagi respon kat orang sekeliling dia..Mak aku cakap dia gerakkan kaki dia mungkin dia penat kot...Tangan dia still tak operate lagi (utk patah) ..
Apapun aku akan selalu doakan mu dari jauh...Exam sem 2 dah mula hari rabu lepas...Tapi aku selalu doakan mu supaya cepat sembuh dan kuat semangat mu..Dan aku tau eksiden nih mu tak salah....
Mungkin lepas ni kita yang masih sihat perlu lebih berjaga-jaga di jalan raya. Sila pakai helmet siap ikat tali helmet tuh..jangan main free jer... Kalau boleh cari helmet yang padding tebal dan material tebal seperti helmet SGV...
#prayforamirul
In shaa Allah, sama sama doakan :)
ReplyDeleteinsyaallah...moga2 cepat n sama2 kita doakan
ReplyDeleteInsyaAllah.. Moga dia cepat sembuh ye..
ReplyDeleteAmin..Terima Kasih Sis Anirah :)
ReplyDelete