Dah 2017 baru nak taip post.. bukan apa sebab busy dah ada karier.. karier la sangat..
Nih nak share la pengalaman first time Helmet ditahan di Pos Malaysia International Hub.
Aku memang tak duga la helmet yang aku beli melalui rakan di Indonesia tak berjaya lepas dari Kastam di KLIA airport. Helmet yang aku beli adalah sebiji Bell Magnum 3 yang harganya xsampai RM500.
Dalam bulan Mei 2017, dapat kol direct dari Pos Malaysia KLIA dia cakap barang encik kene tahan.
Jadi dia cakap kalau na dapatkan balik helmet tu, aku kena hubungi
En. Mohd Nizar, Bahagian Kejuteraan Automotif - 03 8892 8814
En Nizar nih terus bagi apa maklumat yang dia nak untuk mengeluarkan Permit Kelulusan Helmet supaya boleh amik helmet yang ditahan.
- Surat Rasmi menyatakan hasrat/tujuan termasuk harga, jenama, model, tujuan beli helmet tu
- Resit/ Invoice (Bukti Pembelian)
- Surat Saman Kastam (kene mohon dari Pos Malaysia KLIA)
- Gambar Helmet
- No. Tel Utk Dihubungi
Bawah nih aku ada share gambar dokumen:
Dah complete semua dokumen tuh.. terus email ke mohdnizar@jpj.gov.my
nanti dia terus proses pastu dia call kita balik kalau silap isi/ maklumat.
Dah siap, boleh g amik sendiri kat JPJ Cawangan Putrajaya ataupon yang duk jauh JPJ akan Pos ke Rumah.
Surat tu la penting untuk pelepasan helmet kat tahanan kastam.
Pastu kol la Pos Malaysia International Hub - 03-8777 3680. Operator suruh bawa surat permit JPJ ORIGINAL, Salinan IC, Surat Tahanan Kastam, Tracking Number (surat pos) ke Kaunter 1, Pos Malaysia International Hub.
Aku pi naik moto pagi ahad lepas. sampai sebelum Simpang Yang ada bangunan Mitsui Premium Outlet tu aku bukak Maps.
Jauh jugak ke dalam tuh 13 Km
Bangunan Pos Malaysia International Hub
Masuk je Amik Pas Pelawat (WAJIB UNTUK URUSAN AMBIL BARANG TAHANAN) dan tinggalkan IC anda.
Borang Hijau tu macam tiket la untuk lepas barang dan penting untuk kegunaan Kaunter
Kaunter 1 : Bubuh borang kat Petugas dalam kaunter tuh. Tggu dia panggil kalau dah dia jumpa barang anda.
Kaunter 2: JPJ akan suruh bukakan Kotak barang, periksa barang dan minta permit helmet JPJ.
Kaunter 3 : tempat bayaran dibuat. Kalau aku helmet bawah rm500 selamat dari Duty Tax.
Serah Form yang dorang bagi tuh kat setiap kaunter nih. Follow instruction dalam 30 minit menunggu jugak pasal sini takda sistem nombor giliran.
Fuhh.. Dah setle... mujur tak kene charge mahal pasal barang pon tak lebih rm500.
Selamatlah helmet tuhh...
Jadi keluar dengan happy, pergi pondok polis bantuan
untuk serah borang hijau dan amik IC.
Setle Masalah..
Sekian