Dah 2017 baru nak taip post.. bukan apa sebab busy dah ada karier.. karier la sangat..
Nih nak share la pengalaman first time Helmet ditahan di Pos Malaysia International Hub.
Aku memang tak duga la helmet yang aku beli melalui rakan di Indonesia tak berjaya lepas dari Kastam di KLIA airport. Helmet yang aku beli adalah sebiji Bell Magnum 3 yang harganya xsampai RM500.
Dalam bulan Mei 2017, dapat kol direct dari Pos Malaysia KLIA dia cakap barang encik kene tahan.
Jadi dia cakap kalau na dapatkan balik helmet tu, aku kena hubungi
En. Mohd Nizar, Bahagian Kejuteraan Automotif - 03 8892 8814
En Nizar nih terus bagi apa maklumat yang dia nak untuk mengeluarkan Permit Kelulusan Helmet supaya boleh amik helmet yang ditahan.
- Surat Rasmi menyatakan hasrat/tujuan termasuk harga, jenama, model, tujuan beli helmet tu
- Resit/ Invoice (Bukti Pembelian)
- Surat Saman Kastam (kene mohon dari Pos Malaysia KLIA)
- Gambar Helmet
- No. Tel Utk Dihubungi
Bawah nih aku ada share gambar dokumen:
Dah complete semua dokumen tuh.. terus email ke mohdnizar@jpj.gov.my
nanti dia terus proses pastu dia call kita balik kalau silap isi/ maklumat.
Dah siap, boleh g amik sendiri kat JPJ Cawangan Putrajaya ataupon yang duk jauh JPJ akan Pos ke Rumah.
Surat tu la penting untuk pelepasan helmet kat tahanan kastam.
Pastu kol la Pos Malaysia International Hub - 03-8777 3680. Operator suruh bawa surat permit JPJ ORIGINAL, Salinan IC, Surat Tahanan Kastam, Tracking Number (surat pos) ke Kaunter 1, Pos Malaysia International Hub.
Aku pi naik moto pagi ahad lepas. sampai sebelum Simpang Yang ada bangunan Mitsui Premium Outlet tu aku bukak Maps.
Jauh jugak ke dalam tuh 13 Km
Bangunan Pos Malaysia International Hub
Masuk je Amik Pas Pelawat (WAJIB UNTUK URUSAN AMBIL BARANG TAHANAN) dan tinggalkan IC anda.
Borang Hijau tu macam tiket la untuk lepas barang dan penting untuk kegunaan Kaunter
Kaunter 1 : Bubuh borang kat Petugas dalam kaunter tuh. Tggu dia panggil kalau dah dia jumpa barang anda.
Kaunter 2: JPJ akan suruh bukakan Kotak barang, periksa barang dan minta permit helmet JPJ.
Kaunter 3 : tempat bayaran dibuat. Kalau aku helmet bawah rm500 selamat dari Duty Tax.
Serah Form yang dorang bagi tuh kat setiap kaunter nih. Follow instruction dalam 30 minit menunggu jugak pasal sini takda sistem nombor giliran.
Fuhh.. Dah setle... mujur tak kene charge mahal pasal barang pon tak lebih rm500.
Selamatlah helmet tuhh...
Jadi keluar dengan happy, pergi pondok polis bantuan
untuk serah borang hijau dan amik IC.
Setle Masalah..
Sekian
assalam bos, berapa lama jpj akan call balik? saya dah email dalam 3hari ni. dia belum call lagi. sy beli helmet custom dr indonesia. takut dia xlulus naya la sy. dh la nk pakai event mnggu depan
ReplyDeleteJPJ dah call ke?
DeleteBerjaya lepas x utk helmet yg kena tahan tue..bpa lama jpj ambk msa utk bg maklum balas?
DeleteBerjaya lepas x utk helmet yg kena tahan tue..bpa lama jpj ambk msa utk bg maklum balas?
DeleteWasalam.. kene rajin follow up bang dengan jpj tu bang. lagi satu helmet nih memang salah satu barang dagangan yang akan sangkut kat aiport pasal nak kene cek dia punya piawaan jalan raya malaysia (JPJ)
Deletesalam bos ada kena bayar pape ke kat jpj
ReplyDeletewasalam.. masa saya pergi haritu ada bayaran dalam rm20+. bergantung pada harga helmet jgak.. kalau atas rm500 kene cukai
DeleteSalam tuan .. ada panduan untuk apply permit helmet tahun 2019 ni?
ReplyDeleteWasalam.. tak ada bang. mungkin dah berbeza
DeleteSalam tuan .. ada panduan untuk apply permit helmet tahun 2019 ni?
ReplyDeleteWasalam.. tak ada bang. mungkin dah berbeza
Deletesalam tuan, jpj bg permit ke atau surat ? dalam tu dinyatakan apa ?
ReplyDeleteBaru buat bulan March tahun ni, utk helmet motocross.
ReplyDeleteborang masih sama.. panduan surat pun diterima yang penting kelulusan seperti diberitahu oleh agen forwarder DHL mesti kene ade E-mark dekat helmet, kalau ade UN approved lagi baik terus lulus.
JPJ pun sangat efficient, surat di email. maklum balas dalam tempoh 2 hari bekerja sahaja :)
Salam bang...bleh tau mcmanw berurusan dgn jpj tu? Ade contact number or person in charge di jpj tu?
DeleteCmna lak dgn helmet yg kita order pakai Shoppe/Lazada tu..
ReplyDeletePun tengah menunggu nie helmet dr shoppe...
DeleteNak ambil gamba macam mana tuan saya beli helmet baru
ReplyDeleteNak tau jugak ni... Seeloknya order dulu helmet dan kena tahan kat kastam atau kena apply apa2 dokumen dulu di jpj ya? Mohon bantuan
DeleteKalau permit tidak diluluskan kerana tiada E marking,ada jalan lain tak?seperti rayuan ke atau bayar denda ke..
ReplyDeleteMacam mana tuan mohon permit?
DeleteThank You and I have a super present: Who Repairs House Foundations home renovation burnaby
ReplyDelete