Blogger Widgets

Tuesday 26 March 2013

Tandak Seirama 24 jam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Khamis ni aku akan cipta sejarah dalam hidup aku..buat rekod malaysia bersama Aadyamatra(Kelab Tarian PUSKEB)


Pusat Kebudayaan JPPel UKM akan mengadakan Tandak Seirama pada 28 Mac ini selama dua hari.

Objektif acara ini diadakan adalah bagi menggabungkan kesemua jenis tarian di Malaysia sebagai pendedahan kepada warga kampus amnya. Selain itu, persembahan tarian yang akan diadakan selama 24 jam tanpa henti itu diharap dapat disenaraikan di dalam Malaysia’s Book of Records sebagai


Antara kumpulan yang menyertai Tandak Seirama ini termasuklah

Artis Budaya Pusat Kebudayaan UKM
Aadyamaatra ARTISUKMA
Persatuan Mahasiswa Sabah UKM
Kumpulan Tarian Kolej Keris Mas UKM
Kumpulan Tarian Kolej Ungku Omar UKM
Kumpulan Tarian Kolej Aminuddin Baki UKM
Kumpulan Tarian Kolej Burhanuddin Helmi UKM




Semua peserta dibahagikan kepada lapan buah kumpulan yang mengambil alih pentas secara bergilir dengan jumlah lagu yang akan ditarikan lebih dari 100  buah lagu.

Acara ini bermula jam 10:00 malam 28 Mac dirasmikan oleh Ketua Pusat Kebudayaan dan berakhir 10:00 malam 29 Mac dan dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM. Manakala YAM Tengku Zain al-’Abidin Tuanku Mukhriz akan bertindak sebagai saksi pembentukan rekod baru itu.

Orang ramai dijemput hadir ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor bagi menyaksikan sendiri proses rekod nasional itu dicipta.

Tunjukan sokongan anda!


No comments:

Post a Comment