Blogger Widgets
Showing posts with label White. Show all posts
Showing posts with label White. Show all posts

Friday, 27 March 2015

Reebok Vintage 90s : Reebok Sola Zone HI dari kedai lusuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Kali ni nak share pasal satu item ni ..aku terjumpa kat kedai barang lusuh area Petaling Jaya.Aku main redah je kedai-kedai lusuh area  tuh sebab nak cari tripod kamera . Kedai ni memang betul tepi jalan klang lama dekat dengan stesen LRT Seri Setia dan Taman Dato Harun .

Kedai pertama masuk tak berapa besar tap sarat nge barang barang lusuh macam elekronik,pakaian,kasut dan beg-beg...Tak jumpa apa yang dicari.

Keadaaan kedai pertama (Tak tahu nama kedai)

Pegi kedai kedua , lagi besar dan ramai orang singgah kedai ni .Barang-barang perabot dan dapur senang dicari sini .Aku terngendap -ngedap cari tripod tuh sampai ke bahagian belakang kedai .Nampak kasut melambak sebelah beg-beg berterabur. aku jumpa kasut nih. Macam stail. Dalam elok lagi ,tapak pon tak haus..memang nasib..dapat pon harga murah.. 

Terus la beli ..da nama murah .Saiz pon ngam 7 UK ( 8 US ).Tripod tak jumpa jugak dapat kasot je...nasib-nasib..

Balik rumah terus lap-lap tapi sayang ada part yang macam "Z" tu dah rapuh jadi aku cabut terusla..
Jadi cam bawah...






Ni lak gamba aku dapat dari Pok google ,lepas lama mencari apa namanye kasut nih..akhirnya jumpa gak !  reebok solar zone hi


Terima kasih sudi bace. Sekian

Friday, 19 December 2014

Helmet Malaya : Stadium 2000 (Modified)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama aku berhenti menulis blog nih..dek kesibukan bekerja (Praktikal ) di SONY ECMS Sdn .Bhd ,Bangi .Aku ditempatkan di IT Network and Services ,praktikal 5 bulan buat aku sibuk ...Hmm..na layan hobi pon susahh...

Kali ini aku ingin berkongsi sebiji helmet buatan kilang GL Trading Sdn Bhd ,Kubang Pasu iaitu Stadium 2000 . Ia mungkin meniru sebuah brand terkenal dari England STADIUM Helmets  .

Reka bentuk bersaiz besar ,material Poli Merah ,Padding kain tuala .











 Helmet aku dapat dari Beranang ,Selangor bersama Bro Zahir. Tak berapa cantik dengan calar teruk kat belakang dan gabus berlubang tapi aku cuba restore kasi menarik mata tengok.Ini jela hasil yang aku dapat buat since barang untuk repair helmet tak banyak..D.I.Y jee..

Asal boleh sarung rasa selamat ON...hehe








 Sekian Sahaja untuk kali ini.Terima Kasih kepada yang sudi menjengah ke sini dan membaca melihat penulisan ini.Sebarang kekurangan datang dari saya..