Blogger Widgets
Showing posts with label retro. Show all posts
Showing posts with label retro. Show all posts

Friday, 19 December 2014

Helmet Malaya : Stadium 2000 (Modified)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama aku berhenti menulis blog nih..dek kesibukan bekerja (Praktikal ) di SONY ECMS Sdn .Bhd ,Bangi .Aku ditempatkan di IT Network and Services ,praktikal 5 bulan buat aku sibuk ...Hmm..na layan hobi pon susahh...

Kali ini aku ingin berkongsi sebiji helmet buatan kilang GL Trading Sdn Bhd ,Kubang Pasu iaitu Stadium 2000 . Ia mungkin meniru sebuah brand terkenal dari England STADIUM Helmets  .

Reka bentuk bersaiz besar ,material Poli Merah ,Padding kain tuala .











 Helmet aku dapat dari Beranang ,Selangor bersama Bro Zahir. Tak berapa cantik dengan calar teruk kat belakang dan gabus berlubang tapi aku cuba restore kasi menarik mata tengok.Ini jela hasil yang aku dapat buat since barang untuk repair helmet tak banyak..D.I.Y jee..

Asal boleh sarung rasa selamat ON...hehe








 Sekian Sahaja untuk kali ini.Terima Kasih kepada yang sudi menjengah ke sini dan membaca melihat penulisan ini.Sebarang kekurangan datang dari saya..

Sunday, 3 November 2013

PRESTIGE RETRO:Rahmat hari hujan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Aku n zahir kluar ke bandar kajang untuk ke Metro Kajang semalam.Nak balik ke UKM terserempak uncle cina pakai satu helmet..nampak dari jauh macam metalflake(sparkle).Aku pon follow lah.Dia berhenti di Petronas..Aku pon try la tnya nak swap helmet dia..dia cam terkejut je..

dia ckp "ayoo..helmet mcm ni pon nak k..dah condem ma..."

aku ckp "ala uncle saya collect2 ma...bolehla uncle " sambil blok motor ucle tu dri blah..

lalu aku cpat2 membuka helmet aku uncle tu pon follow..tanda setujulah..

haha..dapatlah helmet ni...Alhamdullilah..kembang segala benda kat muka (teruja)


Merah metalflake dengan SIRIM tahun 70-an


Gabus dalam ada cop prestige (segitiga)



Belakang xda button dia...lining putih



Macam spartan punya topi kan?? hehe


Cun..condisi luar dia.

Hmm..untung2...xmaula jual....
sayang nih..umur helmet mungkin 30 tahun dah ni...

Ni yang dah restore


side view

back view

side view

Bersama En.Bell merah

TQ kepada saudara Muhammad Zahir sebab
"sentiasa disisiku,merestui ambisiku"

Sekian,Terima Kasih



Tuesday, 30 April 2013

SGV :Antara BARU DAN RETRO(LAMA)

Assalamulaikum dan Salam sejahtera'


SGV mesti sinonim ngn kehidupan seharian n mesti semua orang kenal..SGV adalah solid gold helmet sdn.bhd sebuah syarikat bumi putera telah banyak menhasilkan mdel2 helmet pujaan ramai seperti sgv cruiser,sgv biker,sgv club,sgv rider dan paling aku suka sgv open face(aku rase da dua zaman helmet ni,dlu pkai d-ring skrg da pkai bucket) dan pelbagai lagi model2 baru abad ini..

Helmet SGV mmg sedap dipakai dan selesa.bentuknya pon stail,retro dan warna mmg terbaiklah..
Bagi aku,Ia adalah faveret helmet dan mnjadi buruan orang terutama golongan muda mudi yang x berada(rich)...

Aku pon jadi pemburu SGV tapi yang retro sahaja ERA 90-AN..bawah ni adalah apa yang aku ada ...

SGV biru model d-ring




Ni yang SGV pure white
model d-ring

SGV sememangnya pakar membuat span..jenis kain tuala
selesa n ketat


SGV Passola sezaman SGV Rider



Lastly,SGV Rider





Gambar mase sekolah dulu..hehe
Yang putih tu jer..


Sememangnya itulah jer mampu ku peroleh...
lain lah kalau duit berjuta dpat lah sauk(pakai) magnum bell,Arai Challenger
So,bersyukur tu pentinglah..xyah tamak sangat,nak sangat janganlah curi
Ko curi p2 pakai/jual kat orang lain lg banyak la dosa yep..
oklah tu je..sekian....