Blogger Widgets

Friday, 19 December 2014

Helmet Malaya : Stadium 2000 (Modified)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah lama aku berhenti menulis blog nih..dek kesibukan bekerja (Praktikal ) di SONY ECMS Sdn .Bhd ,Bangi .Aku ditempatkan di IT Network and Services ,praktikal 5 bulan buat aku sibuk ...Hmm..na layan hobi pon susahh...

Kali ini aku ingin berkongsi sebiji helmet buatan kilang GL Trading Sdn Bhd ,Kubang Pasu iaitu Stadium 2000 . Ia mungkin meniru sebuah brand terkenal dari England STADIUM Helmets  .

Reka bentuk bersaiz besar ,material Poli Merah ,Padding kain tuala .











 Helmet aku dapat dari Beranang ,Selangor bersama Bro Zahir. Tak berapa cantik dengan calar teruk kat belakang dan gabus berlubang tapi aku cuba restore kasi menarik mata tengok.Ini jela hasil yang aku dapat buat since barang untuk repair helmet tak banyak..D.I.Y jee..

Asal boleh sarung rasa selamat ON...hehe








 Sekian Sahaja untuk kali ini.Terima Kasih kepada yang sudi menjengah ke sini dan membaca melihat penulisan ini.Sebarang kekurangan datang dari saya..

Wednesday, 11 June 2014

Semoga Mu Cepat Sembuh ..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

SABTU,7 JUN - adik aku, amirul hafiz terlibat dlam kemalangan di jalan panji alam area Kg.Gong Tok Nasek antara EX5 dengan EX5 . Kejadian berlaku sewaktu selepas Maghrib. Adik aku nak ke kedai .Kemalangan tiada saksi yang melihat..


moto adik aku

Klau ditengokkan moto, tak lah teruk mana..tapi cara bertembung itu misteri jgak..sebab moto adik aku teruk sebelah kiri moto budak sorg lagi teruk kiri jugak.
Budak ni xda lesen ,moto lak xda roadtax..
moto budak tuh


Adik aku dah lepas dua pembedahan kepala sebab ada darah beku dalam kepala.Doc cakap kepala dia banyak cedera dalaman dan kedua-dua pergelangan dia patah....



Alhamdulillah....semalam adik aku dah bagi respon kat orang sekeliling dia..Mak aku cakap dia gerakkan kaki dia mungkin dia penat kot...Tangan dia still tak operate lagi (utk patah) ..

Apapun aku akan selalu doakan mu dari jauh...Exam sem 2 dah mula hari rabu lepas...Tapi aku selalu doakan mu supaya cepat sembuh dan kuat semangat mu..Dan aku tau eksiden nih mu tak salah....

Mungkin lepas ni kita yang masih sihat perlu lebih berjaga-jaga di jalan raya. Sila pakai helmet siap ikat tali helmet tuh..jangan main free jer... Kalau boleh cari helmet yang padding tebal dan material tebal seperti helmet SGV...

#prayforamirul

Thursday, 15 May 2014

Lets Give MYSPACE a new hope

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Aku duk cek-cek email dan terbaca satu email yang ada ayat " myspace ".. Ia adalah notification  yang terbaru kat myspace aku...baru aku teringat aku ada myspace dlu sebelum facebook. Tak salah aku dalam form 2 aku buat saja-saja..It just like nowadays where people like to try some new social apps in android.

Seingat aku background theme aku dulu adalah STAR WARS sbb aku minat sangat cerita tu dulu.
N aku decide untuk buka myspace balik n reset password lama sebab aku dah lupa..

N ni rupa myspace sekarang..really awkward.



Hanya beberapa keping foto n beberapa member yang ada dalam profile aku nih...xreti nak explore lagi..
Ini lah cebisan kenangan aku dari zaman 2008 dikala social media baru nak merasuk minda masyarakat malaysia.Membuatkan aku menhargai kenangan dan bersyukur dengan peluang yang Allah bagi selama ini.

So lets give it a new hope by reset password>>>> hahaha

feel free to be my fren at https://myspace.com/jolusia_arz